BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 3, 2011

GONG XI FA CAI ^_^

salam semua , okay gadis mngaku , gadis mmg dah lame x update blog nie . mungkin sibok ngan blaja, assgmnt n bnyak lagi hal lah . ary nie 3 febuari gadis nak cerite pasal raya cina haha . jum kite kenal lebih mendalm lagi tengtang sejarah raya cina nie :)) kite kan satu malaysia~~xsalah kalu nak tawu^^


Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, dimana seekor makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan.Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam.

Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat Cina.Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian
‘cheongsam’ , ia menjadi symbol tradisi kemeriahan masyarakat Cina.

Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha.Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab.Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut.

Ini lah serbe sedikit tentang perayaan cina yang gadis tawu , so tahun nie adalah tahun arnab , masyarakat cina mempercayai bahawa tahun arnab adlah tahun untuk diplomasi dan pemujukan. Tahun yang baik bagi untuk perniagaan, pengeluaran juga merupakan tahun yang baik bagi perniagaan berkaitan perubatan tradisional dan jamu. Akan tetapi masyarakat cina percaya mereka perlu berhati-hati dan jangan terlalu menurut kehendak dan kelengahan.


selamat tahun baru cina :))

No comments:

Post a Comment

kawan comel :)